Tuesday, June 28, 2011

Matang





Lelaki dan perempuan, sape yang lebih matang? Kadang2 kite hanya mampu buat andaian but how we accurate it is? Pernah tak ade scientific study pasal ni? heee~


Daripada ape yang pernah aku baca dan pemerhatian sekekliling, memang nak diikutkn perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Dari sini kita dapat lihat perempuan ni akan cepat mengalami proses matang daripada segi fizikal dan mental berbanding lelaki. Tapi walaupon lelaki lambat matang sikit dari perempuan, mereka akan berubah serta-merta apabila sampai tempoh tertentu untuk mereka menjadi matang. entah la ye ke tidak tu tak pasti la kan. Bak kate orang "Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal". wah! gitu.... :D


Kalau ikot kajian, lelaki lambat nak matang berbanding perempuan. Adakah fakta ni betul ? Ada pendapat mengatakan orang laki ni banyak nak main. Kalau nak tengok mereka betul-betul bertanggungjawab kita kena tengok umur mereka 25 above. Tapi itu pun belum tentu. Macam ada pengakuan dari sorang member ni, dia cakap "saya tengok abang saya umur 26 tapi perangai macam budak-budak...mujur dia tak kawin lagi...kalau tak, naye anak orang" hahaha. adoi..tersenyum je la orang cite cenggitu. Aku takde abang kan, so diam2 je la yaw~ :D


Memang tak dapat dinafikan wanita lagi cepat matang dari lelaki. Alaaa..kat sekeliling kita kan banyak..tengok je contoh2.sebab biasa la, lelaki ni nak main je selalu. tapi biasanya dia akan berubah kalau da kahwin. ermm...ye ke? tak bole jamin jugak ni..hehe :D Tahap kematangan perempuan ni cepat bebanding dengan lelaki. Tapi kematangan perempuan ni, diselangi dengan kemanjaan *awww*, emosional.biasa lah tu..sampai satu tahap, kematangan perempuan ni agak slow.

TAPI

lelaki pulak, kematangan dia agak lambat, sebab bebudak lelaki, ingat nak main & enjoy dulu.... tak ready nak ada komitmen dalam rumahtangga. Tapi bila sampai waktu nya, kematangan lelaki ni akan meningkat dan terus meningkat, sebab tu lah lelaki dipertanggungjawabkan untuk melindungi kaum wanita. *ewah! condemn2 lelaki pastuh bekap balik. balance tak writing I ni? hahaha*




Sampai selalu aku dengar kata2 orang, terutamanya org yg lebih tua. lebih baik cari pasangan hidup yang lebih tua, dia akan lebih mudah memahami dan lebih lembut dgn kita. macam mana pulak kalau sebaya? katanya, sama2 panas.. yang pastinya tak semua, dan bergantung pada individu.


Bercakap tentang usia dan kematangan pulak....bagi aku benda ni lebih bergantung kepada didikan dan cara individu tu sendiri. Kalau dah dibesarkan dan didedahkan dalam suasana yang matang, maka kesannya pun insyaAllah sama....usia tak menjamin kematangan seseorang secara total. Kematangan tu akan datang sendiri bile kite dah betul2 bersedia dan masa tu kite tak sedar yg kite sebenarnye dah matang. Eh, boleh ke macam tu? hee~


Perempuan mempunyai 9 nafsu 1 akal dan lelaki sebaliknya, tetapi golongan mana yg lebih menggunakan akal (kematangan) berbanding nafsu? Memang wanita ni proses kematangan dia lebih cepat berbanding lelaki. tapi bila sampai satu tahap, kematangan wanita tu akan jadi statik. kalau tak statik pun, movement dia dah makin slow. Berbanding dengan lelaki, kematangan mereka agak lambat, tapi bila sampai satu tahap, kematangan mereka akan berdouble2. Maybe, sebab tu kuasa talak dan kepimpinan lebih layak dipegang oleh lelaki. Perempuan walaupun matang, tapi bila dipengaruhi emosi, boleh jadi hilang rasional...tapi kalau masuk bab nak pilih bakal suami atau isteri,emm bagi aku umur tak jadi masalah. sebab kematangan tak diukur pada umur..... :)


Phew! ok dah abes dah membebel ni. Aku usahakan jugak tahan mata ni daripada katup. sebab nak post entry ni malam ni jugak. dah berhari2 dah postpone nak publish .asek je entry ni duk kat draft.huhu. Dah! now..masa untuk menidurkan diri. nite2 peeps. (kan bagus kalau masa jawab exam aku lancar je nak menulis macam ni..haiiiihhh~)





p/s : Manusia akan matang dan dewasa dengan pengalaman dan cara kita handle sesuatu masalah tu. Dan dengan dugaan ILLAHI jugaklah manusia dapat menilai siapa dirinya yang sebenar. wallahua'alam... :)