Thursday, September 17, 2009

Saje Nak Bercerita

Harini adalah last day untuk bekerja. ;) Harini pun dah tak banyak keje sangat kat opis. Sangat boring la. Mati kutu je tak taw nak wat ape. Last2 lepas settle kan sikit keje, keje aku seterusnya & orang kat opis tuh asyik bercakap je. Selain kacau orang buat keje.hahaha~ Tapi staff yg nak bayar zakat fitrah and fidyah tuh still ade lagi. Banyak skali cash money kene pegang. Tapi ape yg penting AMANAH! ;) Mmg dah ditetapkan setiap kali kalau ade duit zakat masuk, kene bank-in kan terus bg mengelakkan kehilangan & kecuaian berlaku. Sempat lagi tuh YM dgn cik zimah. Before tuh Eta text kate "Pastikan ko tak pegi mane2 mase lunch hour nanti. Aku & Zimah nak datang melawat Unit Zakat" Mmg satu arahan yg diberikan ni! hahaha~ Sebelum Zimah & Eta datang, aku & staff2 Unit Zakat layan surah2 yg diselitkan skali gambar2 kejadian ciptaan Tuhan yg ade kat PC. ;) Dalam kol 1 tuh, Zimah pun terpacul kat pintu Unit Zakat. Sampai staff kat Unit Zakat pun dah kenal dah dgn minah yg suke berniaga ni.huhu~ Sape2 nak kepek bawang bole la tempah kat Zimah. Laris taw aku promote kepek bawang kat Unit Zakat ni. Sila la beri Commission! Commission! ;D Kami (aku, zimah, eta, Jee) pun lepak2, borak2, gossip2 *eh...bulan puasa tak elok gossip.hehe. ;D* Rupenya saje2 je dorang ni datang melawat Unit Zakat sblum Zimah pulang ke kampung halamanya di Tapah. Ingat ade hal penting.huhu. Aku rase aktiviti harini macam nak meraikan Perpisahan pulak.huhu. Yela..perpisahan jugak ni.Tapi perpisahan sementara.hehe. Kitorang siap solat zohor skali kat Surau. ;) Surau pun dah mula lengang sbb student dah ramai balik kampung utk beraya. Dah selesai solat Zohor, Eta & Zimah pun dah nak balik ke Fakulti. Aku & Jee meneruskan keje di Unit Zakat.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


Duit Raya



Memang tak sah kalau menjelang Hari Raya ni tak disertai dengan duit Raya. Teringat zaman kanak-kanak dulu gile sonok dapat duit Raya. Terkinja2 sume *tak la sampai terkinja2..saje je nak wat ekspresi melampau.hahaha* Dah besar2 ni pun dapat lagi taw. Tapi dah start keje mmg nak ikot kan confirm2 tak dapat duit Raya. Nak dibuat cerita, sebelum ustaz Amin (Bos kat Unit Zakat) keluar berurusan, die sempat pesan kat aku & Jee, kalau student datang, saje2 la tanye dgn student tuh "Nak balik raya ni ade duit belanja tak?" kalau die bg jawapan yg agak sadis tuh Ustaz suruh bagi duit lebihan Fidyah yang Unit Zakat perolehi utk Hari Raya tahun ni. Ustaz bagi kat aku gedebuk RM150 tapi sume RM10.hehe. Tapi tuh bukan untuk aku yeh. Tuh untuk student2 yg kurang berkemampuan yg aku cakap tadi. Ustaz suruh bagi setiap sorang dalam RM20-RM30. Bila tiba time nak balik, Jee pulang kan balik duit Fidyah tuh kat Ustaz. Ade balance RM90. Kitorang saje la main2 dengan Ustaz cakap "Untuk kitorang takde ke Ustaz? Kami pun orang susah. Nak blk Kampung takde duit ni" hahahha~ Encik EO yg ade kat situ terkekek je gelak.hehe. Pastuh Ustaz dengan slumber nye jawab "Nah...sbb saye taw korang ni miskin, ambik la ni" hahaha.siot je Ustaz ni. ;D Die bagi kat kitorang sorang RM20 wei.. ;) Haaa..amek ko Jee! dalam ayat main2 tuh dapat betul2 plak. Kesimpulannya, slalu la kite wat ayat main2. *apela aku merepek ni.haha* Masa tuh ade sorang Amil Zakat tengah duk rehat kat opis lepas penat collect duit zakat kat luar, die cakap "wuiihhh...dapat duit raya tuh. mane aci mcm ni" hahaha.Jangan jeles ye. Ni la rezeki namenye. :) Sebelum balik, kami pun wish kat Ustaz & staff yg lain terima kasih, selamat hari raya n bermaafan2 sbb esok (Jumaat) aku dah start coti! ;)

p/s: Sape yg keje kat Canselari dapat duit Raya RM50 daripada Dato' VC. Lagi hebat! ;D