Friday, December 31, 2010

So long 2010, Welcome 2011





May this new year bring many opportunities our way,
to explore every joy of life and
may our resolutions for the days ahead stay firm,
turning all our dreams into reality and
all our efforts into great achievements.

Like birds, let us,
leave behind what we don’t need to carry,
GRUDGES SADNESS PAIN FEAR and REGRETS.
Life is beautiful, Enjoy it.

HAPPY NEW YEAR 2011


p/s : Rindu la masa celebrate new year dulu2. tengok firework kat Putrajaya tu. countdown masa kat KLCC. tengok live performance. nape sekarang tak terbuat lagi aktiviti macam tu? nape? rindu..rindu..rindu semuanya.. haihh~






Sunday, December 26, 2010

Mari Beriadah!





Jap g nak beriadah bersama rakan-rakan
Kali ni say a big NO to shopping mall!
Let's go to the zoo sambil berphotoshoot
gile xde tempat lain nak g.
sukehati la woi..ade aku kesah?? wahahaha
*tetibe*
;D





Pagi tadi text Cik Diana Hamasuba
Die jemput g Rantai Art Event
Kat Balai Seni Lukis
Die jage booth semalam n harini
sangat rindu nak pegi
Last pegi masa 2007
3 years ago kot!
arrghhhhh!




Monday, December 20, 2010

'Dia' Datang Lagi



'Dia' datang lagi
Kali ni 'Dia' datang menjenguk lebih cepat daripada tarikh sepatutnya
Rasa macam 'Dia' baru je datang haritu
Stress kah aku? haissshhhh

'Dia' datang tanpa sebarang signal
Memang rasa macam nak meringkuk2 je masa tengah meeting td
sehingga ada yang menegur
"nape muka pucat? Tak sehat ke?"
aku hanya mampu tersenyum

Jahatnya 'Dia' datang diwaktu begini
Pergerakan semua terbatas
datang la waktu tengah golek2 kat rumah ke.
*bole plak men request2..hihi ;D*
Sampai masa meeting td sempat berbisik kat Ain
"mcmane nak drive balik ni? aket sangat..." ;(

drive sangat slow n berhemah je td.hihi
Tapi balik tadi jem la plak kat highway.
Time ni la plak die nak jem nye!
nak mencarot pon dh x berdaya
*hahaha..mood nk mara aje*
Ssshhh..diam je.
It's Better. yes! ;)

Balik rumah terus mandi
dan mengisi perut dengan nasi
tapi tak habes
sbb rase saket 'Dia' lebih mengatasi rasa lapa
tapi nak makan..huk3

Ye..
'Dia' itu adelah 'teman' setiap wanita pada setiap bulan
'Dia' pasti akan datang melawat!


Ok...sekarang saya sedang meringkuk mcm dlm gamba bwh ni



nak tido sampai esok pagi
tak mau layan sangat saket disebabkan 'Dia' ni
Hujan sekarang ni
Sejuk oh!
mari peluk tubuh sambil bercomforter
gudnite.








Saturday, December 18, 2010

off to Tapah



I'm off to Tapah tomorrow to attend my bestie's wedding
with my darlings : Diana Hamasuba & Lily Steng
Dah selamat dapat title puan dah lepas asar tadi....
PUAN Adzimah ye sekarang..awwwwww~ ;D

on her engagement


Sorry tak dapat teman anda waktu diijabkabulkan tadi
kene keje...sob~ sob~
Esok kite jumpe.
Kami tak saba nak jadi sang pari2 anda
untuk mengiring kepantin masuk dewan wehhh~ hahaha ;D


Esok kene bangun pagi2 lagi
nak fetch tuan puteri-tuan puteri ku itu
destinasi from Klang-> shah alam -> Kota Damansara -> Tapah
So, malam ni mari kite tdo awal
nak drive jauh ni esok.

Nite2 peeps!
;)





p/s : Ingat nak ambik cuti on Monday. Tapi ade meeting plaksss..wahai tenaga, sila jangan flat! aiiiihhhh~





Student's Life Again

Mari masuk belajar semula. Harini adelah hari pendaftaran pelajar baru bagi pelajar-pelajar pascasiswazah (Master and PhD students). So, sebagai staf yang bertanggungjawab serta berhemah, kena la datang kan menemani Ketua Program. ;D Teringat zaman student dulu. seronoknye. Rasa macam nak sambung study balik la. Tapi bila fikirkan komitmen keje and time management terbantut pulak niat murni tu. Takpe...ade rezeki nanti niat itu pasti akan tercapai. yes! pasti! InsyaAllah. ;) Tiba2 terlihat la kelibat 2, 3 orang my junior yang mendaftar kan diri sebagai student balik. Dari jauh die bersuara kat aku "hai..saya dah jadi student balik..comel tak? Orang tua g keje rajin2 dulu ye" hahaha. cess..hampess statement!


Biase la kan.. aku kalau buat keje time perut berbunyi mesti tak boleh fokus sangat. Lebih2 lagi bile duduk tercongok tunggu student tak datang2 lagi. Ketua Program aku ni macam memahami sket la situasi aku sebab tibe2 je die bersuara "Eh..lapa x? Tak sempat breakfast la kat rumah. Jom makan dulu." Aku dengan pantas la menjawab. "Jom2! Ain, jage kaunter ye. Kot2 nanti student datang takde orang pulak". Dengan pandangan yang sinis n berapi je die pandang aku. hahaha. Chill la bobo! ;D Memang Cik Ain ni dah breakfast dulu kat rumah. sebab tu die tak heran sangat nak makan.hehe. Masa tengah breakfast tu, aku ni pon sebok2 la join 1 meja dengan ketua2 program yang ada which is mereka2 pon sangat friendly n niceeeee~~ Sangat nice bila diperkenalkan dengan one of the Head of Graduate programs ni name die Dr.Sayang Mohd Deni. Waaaaa..i like her name. sesuai dengan orangnye. sangat soft spoken n so nice. suke! Best nya semua orang panggil die sayang...hehe. ;) Kat kepala terus je tercipta idea nak bagi name kat my future baby Nur Kaseh Adelia...hahahahaa...gile kuat berangan aku ni..kui3. So sweet name bile berunsurkan kasih & sayang or name bunga..;)



sempat lagi nak posing kat dalam dewan.huhu~
Depan aku tu la ketua program, Dr. Anitawati. muda kan dieeeeee..;)
bersama my assistant. Cik Ain. ye..saya selalu buli die. ngeee ;D



Selesai breakfast, baru la bole buat keje dengan senang hati n bole fokus! haha. Tempat yang disediakan untuk fakulti masscomm ni ade 1 je. Padahal ketua program untuk masscomm ade 2 (MC770 and MC771). So, tempat menunggu bagi student pon jadi 1 line which dorang tak tahu mane 1 nk tuju. Bagi student yang tak nampak kaunter tmpt kitorg ni kosong, diorang pun tunggu je la turn kat tempat MC770. Aku ni haaa yang kene jadi secretary g jalan sket panggil dorang n tanye "MC771 kan? pegi daftar kat kaunter sane. Kaunter tu kosong dari tadi". haaaa..bagi ayat tegas sket! poyo betul. hahaha. Majority naseb baik semua student2 baru kenal muka aku ni sebab aku dok join skali dalam bilik meeting masa dorang kene interview dulu. Tapi jenuh la wei nak kene cakap n buat macamtu kat tiap2 student. Atas inisiatif sendiri, aku pon buat la signage besar2 untuk kod program MC771 & MC991. Kalau MC770 datang tempat kitorang cepat2 je kene halau.."Eh..bukan sini, sebelah2" hahaha.biadap sungguh! ;D Bila tiba turn student foreigner dari Iran datang, haaaa..mula la pelbagai masalah yang melanda. Time tu ketua program banyak tanya kat aku ape kes budak ni.huhu. So, aku kene la menjawab sket kasi student ni paham n kene deal dengan staf IPSiS yang handle kes International students. Bole kenal la plak kan staf tersebut. Aku pun gamble je tanye staf tu "Eh..macam kenal je". staf tu pun angkat2 kening n senyum. Aku tanye lagi "ni abang dayanna kan?" Die pon jawab "haaaa...sape eh?" aku : "Dyla la" staf IPSiS : "haaaa...ye ye...lain la sekarang. dah besar dah die" sambil buat isyarat tangan tu makin meninggi. hahahhaa. siot! nak cakap dulu2 time skolah aku kenit la tuh! dush! dush! Bole plak jumpe abang membe mase skolah dulu. kecik betul dunia. huhu.


Bila tiba masa nak balik tuh,sempat pulak ade ex-staf masscomm tuh tegur n memperkenalkan aku kat staf2 n ketua program tempat die bertugas sekarang. Macam ni ayat die "Haaaa..tengok tu AR siap turun padang skali. Ni la die AR perangsaraf". Pastu ade plak ketua program die menyambung "OOOOooo..AR, ingat student tadi"...aku pun senyum2 kambeng je la kat situ. huahuahuahua. Alaaaaa....macamane nak nampak dewasa ni??? agagagaga~ Ok. Lepas tu ada sambungan taklimat bersama VC, IPSiS n peraturan akademik pukul 2pm - 5pm. Tapi aku tak pegi pun sebab ketua program masscomm yang dua2 tu pun tak pegi. Tapi student2 wajib pegi!! muahahaha~ Then, settle semua, balik tu, menyinggah tempat sane sini sampai rumah pon around 4pm. Penat nye. Minggu ni xde chance la nak bangun pagi lewat sket. nak tido! nak tido! ;D



p/s : Balik2 je takde orang pun kat rumah. Mase aku tengah drive otw balik rumah, mak call tadi ckp die n ayah dah otw pegi rumah my sis kat putrajaya. huh~Lately ni rajin betul merpati dua sejoli tu pergi berjalan2 ke Putrajaya. BEST sangat ke? hiksss~ ;D