Tuesday, February 15, 2011

Bila sayang nak datang Malaysia ni?




Tajuk entry asek je nak bikin Kontroversi...heheheh
Mcm merengek nak ajak dating je bunyi nye..
gegeli ehh...buwekkkkssssssss...hahaha :D

Actually baru2 dia ni dah datang Singapore
Tapi tengah tunggu la dia nak datang Malaysia pulak



Kalau la die datang buat concert kat Malaysia, nak pergi lah
Memang like like la kat die ni
Lagu die superb2 ohkay..

so, sape2 yang ade info pasal concert die to Malaysia
sila la inform saye eh..
or kite bole detim same2 tengok konsert die ni.
awwww...so sweet~
*apsal la aku ni gedik terlampau ni..haisshhh..:D*


p/s : sangat suka live performance. lame la tak tengok teater muzikal. last tengok mase PGL the musical dulu. sekarang lebih banyak menghabis kan masa bersantai di rumah.. cool ke? :D

suatu ketika dahulu



Kak nam nak share cite sikit nih..hahaha. Harini kemas2 bilik ni. Terbukak la 2 kotak kasot penuh dengan kaset2 lame. kenangan nih!! huhu. Dulu2 masa zaman sekolah2 n zaman hingus meleleh lagi aku minat gila la kat boy band - girl band ni. Pantang je ade new band yang baru up, memang confirm la beli kaset dorang. Dulu2 time zaman kuno batak jakunz lagi men kaset je. CD, mp3 tak pemes lagi time tu.hik3. Kakak aku la yang memain kan peranan penting ms nak beli kaset mmg paw die je. hahaha. Tak sangka sekarang dah matang dah kitorang ni. *statement jijiks!! hahaha*

Mereka2 adalah di antara yang konon2 jadi pujaan hati aku ms dolu2 :

haaa..BSB
aku ni Die hard fan Nick Carter woiiihhhhh dulu! Minat mamat yang muka jambu2 je. hahaha. Siap dulu tampal poster penuh kat dinding pastuh mak aku bising2 suh tanggalkan. nanti bilik tak masuk malaikat katenye. hahahhaha. balut buku log sekolah pon gune poster BSB. poyo tak poyo la dulu. ok. sila abaikan. :D




Nsync

lagi satu band ni haaa.. sume orang tangkap cintan kat Justin Timberlake mase tu termasuk la madu aku si Britney Spears dulu tuh. so, aku pon mengalah je la couple dengan JC Chasez. *ok..statement jijiks lagi. sila muntah! wakakakaka* Masa form 3 dulu pernah participate untuk Talentime. Our group perform lagu This I Promise You which one of our group member play the guitar. awww...so sweet. JUARA ye group kami. diulangi JUARA! piala masih gah dalam almari. aku pun tak tau macamane bole jadi JUARA time tu. mesti la kitorang best kan. *jijiks lagi* hua3 :D




Boyzone

Group ni dah tak boleh nak diiktiraf sebagai boy band dah..sume dah matang2 belaka..:D If dalam band ni i like stephen gately. ape boleh buat die sudah arwah n sayangnye die adelah gay. ngeee~





Westlife

Ingat tak lagu swear it again? first time tau pasal band ni mase tengok video clip lagu tu kat NT7. zaman dulu2 astro belum wujud lagi kan..so paling gempak pon nak tengok video klip kat NT7 & 8TV. huhu. bila dengar balik lagu tuh sangat berhingus punya lagu. hahaha. tapi kite layan je. zasssss! :D





Five




911

(Lee tu comel ohkay... :D)




Spice girls
The one and only girl band yang aku minat.
suke Mel C da sporty spice~
girl power bebeh!



KRU!
gosh! memang fanatik dengan trio adik beradik ni dulu.
especially lagu apa saja n dua
memang asyik dengar ulang2 je lagu tu. heh~




TAPI.....
dulu2 aku paling tak suka tau karaoke.
kira macam benci & anti la aktiviti macam tu
But NOW tengok ape dah jadi.....

sekarang ni asek je nak karok.
sebab nak layan org tu release tension
kate nye! :D



Before mengeluarkan bakat menyanyi yg tak terpendam tu, kite 'ngeteh' dulu
air teh o ice lychee (1st time minum..bole la sedap)
riang nau la muka masing2 time ni..
gelak sampai rase syed bistro time ni kami yg punye..:D




feeling habes nih.. hua3 :D
kebetulan time ni ade org tu yang baru putus chenta
so, aku saje la pilih lagu survivor by destiny's child
orang tu kate macamni :
"penat nye weh nyanyi lagu ni. mengah tak cukup nafas. dyla memang babi!"
wakakakakkakakakaka
Aku nak naikkan semangat korang yang down ni weiiiii
hahahahahha...hadoi laaaaa~~




p/s : orang selalu kata, kalau kita tak suka or benci pada sesuatu, yang kita x suka n benci tu la yang kita dapat..hmmmmmmm...is it? walaupun kadang2 benda tu betul2 terjadi tapi secara kebetulan je kot. wallahua'lam...







Monday, February 14, 2011

Hari Kekasih





Valentine's Day. Bermain persoalan di minda, hadiah buat si dia? Dimana hendak bertemu dengannya? Suasana romantik yang menghangatkan cinta. Si gadis rasa terharu, makin bertambah kasih kepada si jejaka. Baju couple, bangle, cincin, menunjukkan diri mereka sehati sejiwa. Tiada wanita sehebatmu di dunia, mampu menggetarkan jiwa tatkala terpandang wajah, kekal cinta berkasih di hari Kekasih. Dirimulah lelaki idaman wanita, setiap detik bersama memancarkan sinar bahagia, terima kasih wahai cinta. Sweetnya, namun romantik itu hanya sia-sia, tanpa tujuan yang nyata.

Pepatah Melayu ade mengatakan "Tak kenal, maka tak cinta". Begitulah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah tiada apa2 keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi 'St. Valentino' daripada mengingati Rasulullah SAW.



Sedalam manakah cinta kita kepadanya? Selawat ke atasnya, sambutlah Hari Kekasih kita sebenar, Maulud Nabi.



p/s : aku tertarik dengan ayat seorang sahabat ni : Kawan aku cakap “Esok 14 Feb. Hari kekasih. Lu org sudah sediakah? dah praktis mcm mana mau bagi ciuman perancis? dah booking hotel ada ekon? dah sedia bunga ros merah? kalau dah sedia semua, tahniah. Mudah kerja setan”. Ouch! What? Oh yeahh~ Don't sentap2 yeh. huahuahua :D





Friday, February 11, 2011

Hilang ngantok katenye





Seyes tak bole nak tido sangat ni.
(seyes bunyi mercun sekarang ni mcm popcorn weh! xmo benti plak die)
sebab tadi lepas balik keje kol 6
terus je mandi basuh kepala
(harini kepala sangat pening ok.xtau nape)
pastu tido sampai kol 9 baru bangun
sebab mak kejot suh makan.


Ok. harini ade academic conference 2011
start from today till 12th February
beberapa hari before conference,
Dato' VC dah sampaikn amanat suh datang
WAJIB!
tapi wajib die bese la..ade je yang tak dtg
kalau nak ikot kan kitorang ni,
lepas register je pastu nak blah. hahaha
(ramai eh buat mcm tu tadi..huh~)
dtg just nak record attendance utk masok dlm SKT la konon. hek3
(register through on9 PSMB n just add staff id. trus record.
xpyh susah2 nak cari name n sign)

mase Ketua Program aku tengah register tu,
sempat lagi staff jg counter tu cakap mcmni
"Dr. Anitawati...ohhh..kecik2 lagi dah dapat title Dr. ye"
hahahahaha..siot je. size je kecik ohkayyy..
Awet muda gitu..adoi..kelaka2...:D



Email :



YBhg Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,



Konferensi akademik 2011 ini merupakan platfom di mana pihak pengurusan Universiti akan menerangkan halatuju UiTM sejajar dengan RMK-10. Julung kalinya pihak pengurusan akan secara langsung berkongsi strategi dan perancangan ke arah menjuarai kecemerlangan universiti. Dengan itu, saya menyeru warga UiTM mengambil peluang untuk hadir ke konferensi tersebut.

Semua kuliah pada 10 hingga 12 Februari 2011 adalah dengan itu ditangguhkan. Oleh itu, semua staf akademik dan pentadbiran (Gred 27 ke atas) di kampus Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana, Sg Buloh dan Selayang diwajibkan menghadiri Konferensi Akademik tersebut.

Informasi mengenai Konferensi Akademik UiTM 2011 boleh dilayari di laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/academicconference



Selamat berkonferensi!

Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid bin Abu Bakar, FASc
Naib Canselor / President
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan



The conference was held at
Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
(just adore this architecture)





mari berkonferensi sambil bermain game di ipad!
(seyes hilang mengantok. :D)



orang ni dah gian main game kat ipad
bole hilang ngantok katenye..heh~ :D






p/s : ok. jom tido sambil mimpikan memiliki 10 ipad yang disusun rapi di tepi bantal. zzZZzzzzz :D







Sunday, February 6, 2011

Nikon D50 je

Baru la sekarang ade hati nak update pics from adzimah's wedding on last december in Tapah.hek3. Punye la malas nak transfer pic ni ke laptop. Tapi g upload dulu pic yang gempak2 daripada camera photographer. memilih! hahahah. Ye la I gune Nikon D50 je yang telah berusia bertahun2 lamenye.so pic pon takdela gempak mane pon. statement nak poyo2.hahahahaha. Btw pics ni kesinambungan daripada entry yang lepas entitle Let the pictures do the talking.

mase ni la yang drive ke Tapah lesen dah expired tu. kih3 :D






amoi muka masam sebab saye tak mau bawak die pegi breakfast.
mengade eh....babab! :D









mereka bilang kami kembar..tang mana?
tang muncung bibir which asek je nak pose ala2 bibir angelina jolie.awww~
hahahahaha :D




Kami berada di dalam sangkar








bermanja bersama baby chayesh..:)



3rd pic : why i'm acting like that? gosh!




dah tamat dah



p/s : Tadi lepas balik jogging singgah al-ikhsan. Nak cari sport shoes baru. sangat hendak kasot nike pink tu! nak! nak! tapi sejak pergi survey daripada semalam sume nye takde size eh!! Sales boy tu cakap "paling kecik size 5 1/2. stock sume dah abes".. ngaaaa...tuhla nape kaki ni comel sangat. susah nak cari size kasot sukan. nak size 5 pliss! Kalau takde sangat, ganti beli wedges je ah mcamni. agagagaga~ :D